Mengenal pasti makanan organik Makanan_organik

Tauge organik.See also: Organic farming for information on the production of organic food.

Makanan organik yang diproses biasanya hanya mengandungi ramuan organik. Jika adanya ramuan bukan organik, maka kebanyakan ramuan tumbuhan dan haiwan dalam makanan berkenaan haruslah organik (95% di Amerika Syarikat[3] dan Australia), sementara mana-mana ramuan bukan organik tertakluk pada pelbagai keperluan pertanian. Makanan yang diakui organik mestilah bebas dari bahan tambah buatan manusia, di samping selalunya diproses dengan kurangnya kaedah, bahan dan perapian buatan manusia, seperti pematangan kimia, penyinaran makanan, dan ramuan ubah suai genetik.

Peminat terawal terhadap makanan organik tercari-cari makanan yang segar, tidak dirawat secara kimia, atau melalui pemprosesan minimum. Selalunya mereka terpaksa membeli terus dari petani, maka bebunyinya cogan kata "Kenali petani, kenali makanan". Takrifan sendiri mengenai "organik" berkembang melalui pengalaman secara langsung, seperti berhubung dengan petani, melihat keadaan ladang, dan aktiviti pertanian. Hasil tani ditanam atau diternak di ladang kecil menggunakan amalan pertanian organik, tanpa mengira adanya pensijilan, sambil diperhati pengguna individu. Oleh sebab permintaan terhadap makanan organik terus meningkat, jualan besar-besaran melalui saluran-saluran seperti pasar raya semakin menggantikan hubungan langsung dengan petani. Bagaimanapun, bagi pengguna pasar raya, pengeluaran makanan tidak mudah diperhati, lebih-lebih lagi terpaksa bergantung pada label produk, seperti "disahkan organik", walau boleh dicarikan kawalan kerajaan dan pantauan pihak ketiga untuk kepastian. Label "disahkan organik" biasanya adalah satu-satunya cara pengguna mengenal pasti bahawa sesuatu produk itu adalah "organik".